Postwira's Blog

Just another WordPress.com weblog

jihad dan penyerupa-an พฤศจิกายน 13, 2009

Filed under: Uncategorized — postwira @ 10:39 am

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِِِِ الرَّحِيْمِ

          أخرج الإمام أحمد … عن ابن عمرقال : قال رسول الله –صلى الله عليه وسلم- : (بُعِثْتُ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ بِالسَّيْفِ حَتَّى يَعْبُدَ اللهَ وَحْدَهُ لَا شَريْكَ لَهُ ، وَجُعِلَ رِزْقِيْ تَحْتَ ظِلِّ رَمْحِيْ ، وَجُعِلَتِ الذِّلَّةُ وَالصِّغَارُعَلٰى مَنْ خَالَفَ أَمْرِيْ ، وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ) .

 

         Telah mengeluarkan hadis ini oleh imam ahmad … daripada ibni umar beliau berkata : sabda rasulullah (s.l.m) : dibangkitkan aku ini di hadapan hari kiamat dengan pedang , sehingga iya sembah allah tuhan yang satu , tidak ada menyengutui baginya , dan di jadikan rezkiku di bawah bayangan cambok (lembing) ku , dan di jadikan kehina-an dan kecil (perasa-an kecil jiwa kerana kehina-an) ke-atas mereka yang menyalahi perintahku , dan sesiapa yang menyerupai dengan suatu kaum maka iya dari kalangan mereka.

 

Keterangannya :

  1. kebangkitan rasulillah itu adalah suatu tanda hampirnya hari kiamat.
  2. pada akhir zaman ini berlakunya peperangan di merata-rata tempat.
  3. agama islam tidak boleh di asingkannya dari jihad , bahkan jihad itu adalah satu jalan untok menegakkan agama islam.
  4. di haramkan membunuh seorang muslim tanpa hak , kecuali iya murtad dari agama islam (نعوذ بالله من ذلك) atau iya melakukan suatu yang membolehkan bunuhnya mengikut dasar undang-undang islam.
  5. salah satu jalan kesuburan rezki adalah dengan jihad , kerana dengannya  dapat di kumpul harta ghanimah (harta rampasan) , harta fai’ (harta peningalan musuh tanpa perang) , jizyah (cukai yang di bayar oleh kafir zimmi) dan sebagainya , harta-harta itu di bahagikannya kepada orang yang berhak untok mendapatkannya.
  6. islam itu agama yang mulia , di haramkan tundok kepada agama asing , di haramkan mengambil orang yang bukan islam itu sebagai pemimpin atau tokang yang di ta-ati kerana perlakuan itu adalah suatu kehina-an.
  7. orang yang melanggar perintah rasulillah (s.l.m) itu adalah orang yang sepatutnya mendapat kehina-an , tidak boleh sanjung-tinggi atau mengagong-agongkan orang fasik , apatah lagi orang yang bukan beragama islam.
  8. sesiapa yang menyerupai dengan suatu kaum maka di hukumkan iya adalah dari kaum itu , hal ini ada beberapa bentok penyerupa-an :
  • Menyerupai pada akidah : yakni berpegang dengan tuhan selain allah atau mensyirikkannya maka di hukum iya termasuk dalam kaum itu.
  • Menyerupai pada perbuatan : yaitu iya meninggalkan sembahyang sementara orang kafir juga tidak bersembahyang maka iya di hukum termasuk ke-dalam kaum itu (hal ini setelah iya di suruh taubat tetapi iya anggan untok bertaubat).
  • Menyerupai pada percakapan : yaitu iya di kurnia satu bahasa untok dirinya tetapi iya bercakap dan mengagong-agongkan bahasa asing maka iya termasuk ke dalam kaum itu.
  • Menyerupai pada budaya : yakni iya dikurniakan budaya tersendiri yang sesuai untok ke-ada-an dan suasana tempatnya  tetapi iya mengambil budaya asing sebagai cara hidupnya maka di hukumkan iya adalah kaum itu.
  • Dan lain-lain.

 

Advertisements
 

ใส่ความเห็น

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  เปลี่ยนแปลง )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  เปลี่ยนแปลง )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  เปลี่ยนแปลง )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  เปลี่ยนแปลง )

w

Connecting to %s